|
|
|
|
Percetakan Naz Sdn. Bhd. Percetakan Naz Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 6 Febuari, 1980 dan dilindungi oleh Memorandum and Articles (M&A) dibawah Akta Syarikat 1965. Pada tahun 1980 sehingga tahun 1985, Percetakan Naz Sdn. Bhd. telah membeli seunit` mesin Gestetner 211, seunit mesin Heildberg KORD dan seunit mesin Polar Cutter. Dalam tahun yang tersebut, kebanyakkan pelanggan-pelanggan syarikat terdiri daripada agensi kerajaan yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan, Dewan Bahasa dan Pustaka(DPB), Kementerian Pendidikan dan juga kementerian-kementerian yang lain. Selain itu, Percetakan Naz Sdn. Bhd. juga menerima pelanggan semi-kerajaan dan swasta yang mana-mana kerja-kerja yang diterima lebih kepada kerja-kerja "Jobbing".
Tahun bersilih ganti, yang mana memperlihatkan Percetakan Naz Sdn. Bhd. semakin mendapat perhatian daripada pelbagai sudut. Untuk itu, pada tahun 1985 sehinggalah mencecah tahun 1990, Percetakan Naz Sdn. Bhd. telah menaiktarafkan dan mempelbagaikan mesin-mesin yang sedia ada. Atas permintaan pelanggan-pelanggan yang semakin meningkat, seunit mesin Roland Parva dan seunit mesin Roland RZK telah dibeli. Kerja-kerja yang difokaskan pada masa ini adalah kerja-kerja yang berkuantiti besar yang mencecah sehingga ratusan ribu unit cetakan, namun kerja-kerja "jobbing" masih lagi diteruskan.
Daripada tahun 1990 sehingga tahun 1995 pula menyaksikan perubahan yang mendadak ke atas Percetakan Naz Sdn. Bhd., di mana Percetakan Naz Sdn. Bhd. telah berpindah ke sebuah kilang di Bandar Tun Razak yang mempunyai storan yang besar dan kawasan kerja yang luas untuk menempatkan mesin-mesin yang baru. Ia turut menyaksikan seunit mesin 4 warna Web, seunit mesin 2 warna Web dan 3 unit warna Komori dibeli. Ini berikutan pesanan yang diterima itu semakin hari semakin besar kuantitinya.
Pada ketika ini, pelanggan - pelanggan Percetakan Naz Sdn. Bhd. terdiri dari syarikat - syarikat korporat seperti Malaysian Airline System Berhad (MAS), Kementerian Kesihatan dan antara pencetak - pencetak pilihan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di Percetakan Naz Sdn. Bhd. mutu dan kualiti adalah polisi syarikat. Kepercayaan dan kepuasan pelanggan-pelanggan adalah diutamakan. Sehingga kini, kapasiti pengeluaran Percetakan Naz Sdn. Bhd. adalah 5 hingga 6 juta bahan cetak setahun. |






